Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumbalas dan Aduan Maklum Balas
Pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang amat mengalu-alukan maklumbalas/ pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman ini, keperluan anda akan dimajukan kepada bahagian/ unit yang berkaitan.
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman ini, anda boleh menghubungi kami melalui menu Hubungi Kami yang disediakan dalam laman ini.