Peraturan

Pengguna adalah dilarang :-

  1. Membawa masuk beg, fail, topi keledar, peralatan tajam atau peralatan yang seumpama dengannya. Ianya hendaklah ditinggalkan di kabinet yang disediakan.
  2. Menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan kecuali di kawasan yang telah ditentukan oleh pihak perpustakaan.
  3. Makan, minum kecuali bagi minuman yang disediakan oleh pihak perpustakaan di ruangan yang ditetapkan serta membuat kotor di dalam perpustakaan.
  4. Merokok atau vaping di dalam dan di sekitar kawasan perpustakaan.
  5. Berbual, berkelakuan tidak senonoh/kurang sopan menimbulkan kacau ganggu terhadap ketenteraman pengguna di perpustakaan.
  6. Bertaruh atau berjudi di dalam atau di sekitar kawasan perpustakaan.
  7. Menyalahgunakan bahan-bahan seperti mengoyak, mengotor, menconteng dan sebagainya.
  8. Menempah tempat duduk.
  9. Mengalih perabot atau merosakkannya.
  10. Meninggalkan bahan-bahan perpustakaan yang telah digunakan bersepah di atas meja. Ianya hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
  11. Berpakaian tidak sopan
    - Jarang, ketat serta menjolok mata
    - Skirt, seluar atau sarung di atas paras lutut
    - Singlet atau berbaju tanpa lengan atau seumpama dengannya
  12. Tidak sesiapa dibenarkan :
    - Menawarkan apa-apa barang untuk jualan dalam perpustakaan kecuali dengan kebenaran Pengarah PPAP
    - Mengambil gambar perpustakaan atau orang di dalam perpustakaan
    - Menjalankan apa jua temuramah di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
    - Mempamer, mengedar, melekat/menampal apa-apa iklan, pelekat/notis di mana-mana bahagian perpustakaan