Promosi u-Pustaka Di Karnival STEM

KUANTAN, 7 Ogos 2019 - Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan promosi u-Pustaka di Karnival STEM Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang. Pada promosi ini, para pengunjung telah diberikan pendedahan berkenaan perkhidmatan u-Pustaka dan pendaftaran sebagai ahli. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh u-Pustaka adalah pinjaman buku atas talian dari perpustakaan konsortium terpilih. Bukan itu sahaja, ahli juga dapat menggunakan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan di portal u-Pustaka. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk ke portal u-Pustaka.

promosi upustaka