Karnival Literasi Falak Di SEMSAS

KUANTAN, 28 Jun 2018 - Karnival Literasi Falak berjaya diadakan pada tahuh ini di SEMSAS. Karnival ini merupakan anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan kerjasama SEMSAS. Antara aktiviti yang diadakan adalah talk show berkisarkan pengalaman cerapan gerhana dan pengembaraan cakerawala, ceramah falak dan pameran falak. Aktiviti yang sentiasa ditunggukan adalah cerapan langit malam. Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung karnival melihat buruj dan bulan menggunakan teleskop. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

literasi falak