#BUKUSYOK

Ruqyah Asas Ayat Al-Kursi

Agama
Ustaz Din Haron
Sri Saujana Marketing
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands
367
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Hidup mana di atas dunia ini tidak sunyi daripada ujian dan mehnah yang ditimpakan Allah SWT ke atas hambaNya. Segala-galanya adalah ketentuan dan ALLAH SWT mahu melihat sejauh mana hamba-hambaNya bersabar dan tawakal di atas dugaan itu.

Namun, Allah SWT tidak biarkan sahaja hamba-hambaNya terkapai-kapai mencari jalan keluar dari musibah itu. Maka diturunkan ayat-ayat Allah yang terhimpun di dalam Al-Quran sebagai As-Syifa'kehidupan ini.

Inilah buku yang dapat membantu anda mencari penyembuhan ke atas segala musibah penyakit yang menimpa. Mudah-mudahan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan diamalkan memberi manfaat yang bermakna di dalam kehidupan kita di dunia ini.

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja untuk mempertahankan diri dan berubat dengan cara Islam.