#BUKUSYOK

25 Nabi Utusan ALLAH

Agama
Zainuddin MM
Darul Mughni Trading
9-789670-880242
Perpustakaan Desa Luit
22
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku ini menceritakan tentang 25 Nabi Utusan ALLAH. Buku ini amat menarik dan tidak bosan dibaca kerana tulisannya besar dan juga terdapat gambar berwarna. Ianya menceritakan tentang 25 Nabi. Setiap nabi diceritakan perjalanan hidup suka dan duka utusan ALLAH.

Melalui buku ini kita dapat mengetahui perjalanan hidup Nabi yang jarang kita ketahui. Seperti kisah Nabi Musa yang dikurniakan ALLAH mukjizat boleh berbicara dengan ALLAH. Tongkat baginda boleh bertukar menjadi ular dan juga membelah lautan. Baginda juga dikurniakan dengan kitab Taurat.

Banyak lagi kisah para nabi dalam buku ini bermula dengan Nabi Adam hingga Nabi Muhammad S.A.W. Buku ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Tidak hanya untuk bacaan kanak-kanak, malah untuk bacaan dewasa juga.

Dengan membaca buku ini kita juga boleh mencontohi sikap para nabi seperti bersabar, lemah-lembut, sopan santun, serta berbudi pekerti yang mulia. Semoga buku ini banyak memberi manfaat kepada anak-anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.