Sinopsis Buku

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Agama
Galeri Ilmu Sdn Bhd
978-983-097-041-9
Perpustakaan Desa Jenderak Loop
32
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman ini ditulis oleh Tuan Guru Syeidh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al Maliki yang berasal dari Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Edisi ini memaparkan judul 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia, 40 Hadis Penawar Hati dan 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Dengan garapan dan huraian kepada kepada lebih 160 hadis yang antara intipatinya seperti Apakah kelebihan orang yang mempelajari Al Quran?, Siapakah golongan yang dihalang daripada minum air telaga Al-Kautsar? Bagaimanakah menutup keaiban orang lain serta pelbagai lagi.

Justeru buku ini amat bagus dalam menjadi bahan rujukan dalam kehidupan kita dalam memahami pelbagai hadis untuk menambah dan memperbaiki lagi iman kita dalam kehidupan seharian.