Sinopsis Buku

10 Tokoh Idola Muslimah

Agama
Sakinah Salleh
PTS Millennia
978-967-0142-31-9
PAD Maran
293
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

10 Tokoh Idola Muslimah yang diketengahkan di dalam buku ini mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi. Setiap seorang tokoh dirungkai dengan terperinci merangkumi riwayat hidup, kaitan kisah dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi. Jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi dalam mentarbiah anak bangsa yang berjiwa besar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.

Justeru penting bagi seluruh rakyat beragama Islam terutamanya yang bergelar Mulimah untuk menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan kekentalan mereka dalam merain keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Pelbagai kisah kehidupan tokoh ini yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan kita.