#BUKUSYOK
Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
Ulasan
Buku Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia tulisan Hamdzah A.Rahman ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh hasil, pembuatan dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh penyediaan sumber maklumat.
Buku ini memaparkan topik-topik tentang himpunan makanan tradisional di Malaysia. Setiap kaum di negara ini mempunyai makanan tradisional masing-masing. Buku ini mengetengahkan aspek penggunaan bahan mentah tempatan, pemprosesan, dan penyediaan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dapat menonjolkan keunikan khazanah budaya negara. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IPT, ahli akademik, usahawan dan pencinta makanan tradisional.