#BUKUSYOK

Onn Jaafar Kisah Seorang Patriotik

Kesusasteraan
978-967-14606-7-2
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
130
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku ini mengisahkan tentang Dato'Onn Jaafar dari kecil sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.