#BUKUSYOK

Misi Kemanusiaan Syria dan Syam : Travelog Berdarah

2014
PSN PUBLICATIONS SDN. BHD
910.4
978-967-0573-32-8
270
Perpustakaan Awam Daerah Bera
1354
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Bumi Syam merangkumi empat negara dalam peta moden iaitu Jordan, Lebanon, Palestin dan Syria. Syria bumi yang penuh dengan keberkatan , bumi yang dijanjikan , bumi yang dihamparkan dan bumi para malaikat mengibarkan sayapnya pada setiap saat kini bersimbah darah saban waktu akibat kegilaan regim Bashar Asaad.Penulis telah mengikuti misi kemanusiaan untuk melihat sendiri kemusnahan yang telah dilakukan regim Bashar Asaad.

Kedudukan Syria dan Wilayah Syam yang bersifat geostrategik, berhampiran laut Mediterranean menjadi tarikan bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan turut diintai oleh negara kuasa-kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang politik dan strategi ketenteraan.

Mengapa Syam menjadi lokasi yang kerap kali disebut dalam hadis-hadis Baginda SAW? Mengapa Syam dan Yaman menjadi lokasi yang begitu signifikan dan sentiasa dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.Mengapa sejarah Islam dan tamadun Islam yang paling awal dikatakan berlaku di bumi Syam?

Ikutilah catatan perjalanan Johan Ariff Ismail untuk kita merasai kepedihan bumi Syria dan menelusuri kehidupan rakyatnya yang dimamah ketakutan setiap masa akibat perang.