#BUKUSYOK

Cendekiawan perang dinasti Han

Zamir Al-Muallif
2012
ITBM
1000098891
9789830689135
315
RM30.00
1657
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Zhuge Liang tinggal di kawasan pedalaman untuk mengelakkan dirinya terjebak dalam kancah peperangan dan perebutan kuasa dalam kalangan hulubalang pada ketika itu. Hulubalang yang memerintah di setiap wilayah mengambil kesempatan untuk merampas kuasa Maharaja Liu Xie (Xian) yang masih kecil. Liu Bei daripada keluarga diraja Han bercita-cita untuk mengembalikan semula keamanan dalam Empayar Han dan mengembalikan semula pemerintahan keluarganya.

Liu Bei meminta bantuan seorang ilmuwan iaitu Zhuge Liang sebagai ahli strateginya. Pada mulanya Zhuge Liang menolak, tetapi keikhlasan Liu Bei membuatkan dia berubah dan akhirnya Zhuge Liang menjadi tulang belakang Liu Bei mengembalikan semula kegemilangan Dinasti Han.