Sinopsis Buku

Bagaimana Membaca Buku

Karya Am
Dewan Bahasa dan Pustaka
028.9
983-62-1057-1
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
328
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku "Bagaimana Membaca buku" ini ditujukan kepada para pembaca, khususnya kepada mereka yang ingin menjadi pembaca yang efisien.

Bagaimana Membaca Buku menggariskan empat tahap pembacaan iaitu asas, penelitian, analitis dan sintopik. Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita teknik bacaan yang berkesan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan membaca itu.

Di dalam buku ini penulis menyatakan, membaca dengan baik yang bererti membaca secara aktif bukan sahaja suatu perbuatan yang bermanfaat dan tidak pula sekadar satu cara untuk mencapai kemajuan dalam pekerjaan kita. Malah perbuatan membaca itu sendiri berperanan untuk memungkinkan akal budi kita terus hidup dan berkembang.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan besarlah harapan saya dengan memahami teknik bagaimana membaca buku yang betul dapat menambah ilmu pengetahuan serta menambahkan lagi minat kita untuk membaca.