#BUKUSYOK

Cash Flow Untuk Wanita

Galeri Ilmu Sdn Bhd
978-983-097-654-9
Perpustakaan Desa Paloh Hinai
347
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Cash Flow Untuk Wanita ini menjadikan wanita lebih matang, lebih memikirkan tentang perkara penting, dan juga menjadikan lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada dengan duit.

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? SIhat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja? Kebanyakan wang di tangan kita tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan yang kita tidak mampu.

Kupasa buku ini menjelaskan banyak wanita atau isteri, sanggup berbelanja semata-mata untuk mempamer nilai diri yang mewah, tetapi tidak memilih kepada nilai kewangan yang mereka ada. Mereka berbelanja seolah-olah bagaikan tiada hari esok. Apabila mereka gagal menguruskan wang, hidupnya jadi kacau-bilau. Jika tidak diubah gaya berbelanja dan gaya berfikir, sistem kewangan hidup juga mustahil berubah ke arah positif. Tidak dinafikan banyak juga wanita yang bijak uruskan wang lebih baik daripada lelaki ataupun suami.

Dengan celik duit, wanita melakarkan kehidupan yang lebih terancang, selamat, berdikari dan senang. Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya lebih ramai wanita mendahulukan akal berbanding emosi dalam menghitung hari ini dan esok.

Semoga buku ini membantu pembaca terutamanya wanita hendaklah muhasabah dan berdisiplin dalam setiap perbelanjaan seharian. Tambahkan ilmu tentang kewangan agar hidup kita lebih terjamin pada masa hadapan. Selamat membaca.