#BUKUSYOK

Isu-isu Doping Dalam Dunia Sukan

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
978-967-461-239-9
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
355
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Masalah doping di kalangan atlet terutama diperingkat antarabangsa sering kali menjadi isu pada satu-satu kejohanan. Doping adalah pengambilan dan penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan stamina dan kekuatan dalam sukan. Buku ini turut mengulas tentang kenapa sesetengah atlet memilih doping dan kesan buruk doping terhadap kesihatan.

Beberapa kes doping yang berlaku di Sukan Olimpik dan berkaitan atlet Malaysia seperti Datuk Lee Chong Wei ada ditulis dalam buku ini. Buku ini dapat memberi pencerahan tentang dunia doping dalam sukan secara menyeluruh. Pembaca juga dapat mengetahui definasi doping, badan-badan yang terlibat serta jenis-jenis doping dalam sukan.

Semua atlet mahupun bukan atlet dan juga individu yang terlibat dalam aktiviti atau pengurusan sukan amat sesuai membaca buku ini selain dapat memberi kesedaran di peringkat awal mengenai keburukan doping.