#BUKUSYOK

Sampai Bila Makan Gaji?

Casamas Resources Sdn Bhd
978-967-5994-52-4
196
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Sampai Bila Makan Gaji? ini merumuskan dalam dunia sekarang, satu punca pendapatan sudah tidak mencukupi. Always go for multiple source of income. Ada 3-4 punca pendapatan dan pendapatan itu semakin lama semakin bertambah, duit dalam bank pun mkin lama makin bertambah, dengan syarat jaga perbelanjaan.

Bila sudah bekerja, setiap hari paling kurang 9 jam akan hangus untuk dapatkan gaji pada hujung bulan. Kalau tempat kerja jauh dengan rumah, tambah lagi sejam pergi dan balik. Gaji satu sumber memang tak pernah cukup. Bila dah berkahwin masa perlu dibahagi untuk keluarga. Bila dah dewasa, masalah paling besar bukan duit tapi masa. kita gunakan masa untuk buat duit. Ada masa lebih, boleh buat duit lebih daripada sumber lain. Biasanya negara yang menghadapi masalah ekonomi ini mempunyai kadar jenayah yang tinggi seperti ragut, rompakan di tempat awam, kejadian pecah rumah dan sebagainya.

Kepada yang masih belajar di universiti, pandai-pandailah nanti. Gaji "fresh grad" dulu dengan sekarang pun tak banyak beza, tapi taraf hidup dah berlipat kali ganda. Cabaran semakin besar untuk anda. Nak tahu besar mana, perhatikan harga rumah di tempat tinggal anda dan betapa mencabarnya dalam masa beberapa tahun lagi. Selamat membaca.