Sinopsis Buku

Warisan Kisah Klasik Melayu

Suhaiza
Edukid Publication Sdn Bhd
978-967-364-077-5
114
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Membaca buku cerita Warisan Kisah Klasik Melayu sememangnya tidak menjemukan. Teringat zaman sekolah rendah di mana waktu rehat sering berkunjung ke Khutub Khanah sewaktu itu dan cerita-serita dongeng dahulu menjadi pilihan. Antara cerita yang pernah dibaca diwaktu itu antaranya Pak Pandir, Abu Nawas, Si Tanggang Anak Yang Derhaka, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kisah Si Kancil Dengan Kepintarannya, Pak Pandir Dengan Kebodohannya dan pelbagai lagi.

Dengan Terbitnya kembali buku Warisan Kisah Klasik Melayu ini dapatlah kanak-kanak pada masa ini membaca serta mengetahui cerita-cerita dongeng dahulu yang tidak luput ditelan zaman, ceritanya masih kekal dan tidak berubah sehingga kini dan tidak jemu dibaca. Uniknya cerita-cerita dongeng ini di dalamnya terselit pengajaran amat berguna.

Ilustrasi yang terdapat dalam buku amat menarik begitu juga dengan gaya bahasa yang digunakan mudah difahami oleh kanak-kanak serta mempunyai suku kata dengan warna hitam dan merah bagi memudahkan lagi membacanya.