Sinopsis Buku

Keunikan Masyarakat Semut

Zuraida Mamat
Pustaka Ewan
156.2 ZUR
978-967-5244-63-6
275
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku "Keunikan Masyarakat Semut" ini mengandungi pelbagai perspektif untuk diterokai semaksimum mungkin ilmu yang berkaitan keajaiban makhluk-makhluk yang wujud di alam ini sebagai renungan dan iktibar kepasa manusia.

Contoh yang ditonjolkan adalah penciptaan serangga seperti semut dan lebah yang mempunyai sistem kehidupan yang tersendiri yang unik dan ajaib bagi seekor makhluk kecil seumpamanya. Semangat setiakawan dan ukhuwah yang erat yang dipamerkan oleh haiwan kecil ini boleh dijadikan iktibar yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Pada penciptaan langit, bumi dan sistem cakerawala termasuk planet-planet dan sistem peredarannya pula mempunyai hikmah yang tersendiri yang sedikit sebanyak memberi ruang kepada manusia untuk berfikir dan menginsafi kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam setiap penciptaan-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha Agung untuk menjadikan sesuatu. Dengan membaca buku ini, dapatlah kita mengetahui sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaat masing-masing. Maha suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia