-
Pengguna adalah dilarang:-
- Membawa masuk beg, fail, topi keledar, peralatan tajam atau peralatan yang seumpama dengannya. Ianya hendaklah ditinggalkan di kabinet yang disediakan.
- Menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan
- Makan, minum serta membuat kotor di dalam perpustakaan
- Merokok di dalam dan di sekitar perpustakaan
- Berbual, berkelakuan tidak senonoh/ kurang sopan hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain di perpustakaan
- Bertaruh atau berjudi di dalam atau di sekitar kawasan perpustakaan
- Menyalahgunakan bahan- bahan seperti mengoyak, mengotor, menconteng dan sebagainya
- Menempah tempat duduk
- Mengalih perabot atau merosakkannya
- Meninggalkan bahan- bahan perpustakaan yang telah digunakan bersepah di atas meja. Ianya hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan oleh pihak perpustakaan
- Berpakaian tidak sopan
- jarang, ketat serta menjolok mata
- Skirt, seluar atau sarung di paras lutud
- Singlet/ berbaju tanpa lengan atau seumpama dengannya
12. Tidak sesiapa dibenarkan:
- Menawarkan apa- apa barang untuk jualan dalam perpustakaan
- Mengambil gambar perpustakaan / orang dalam perpustakaan
- Menjalankan apa jua temuramah di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
- Mempamer, mengedar, melekat/ menampal sebarang bill, pelekat/ notis di mana- mana bahagian perpustakaan